SELEPAS mengutip mata penuh dalam aksi pembukaan Piala Malaysia 2010 Selasa lalu, Selangor terus menyasarkan tiga mata penuh apabila beraksi menentang Felda United bagi aksi Kumpulan D malam ini.
Aksi kedua-dua pasukan yang berlangsung di Stadium Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras itu akan disiarkan secara langsung menerusi Astro Arena (Saluran 801) jam 8.30 malam.
Selain perlawanan berkenaan, tujuh lagi perlawanan turut berlangsung malam ini.
Juara bertahan, Negeri Sembilan yang menang aksi sulung di Kota Bharu akan menanti kunjungan KL Plus manakala Kelantan menentang PKNS di Stadium MBPJ, Kelana Jaya bagi aksi Kumpulan A.
Bagi saingan Kumpulan B, Terengganu berdepan Sabah di Kota Kinabalu sementara Pahang menanti kunjungan pasukan Kuala Lumpur di Stadium Darul Makmur, Kuantan.
Kedah bertemu Perak di Stadium Darulaman, Alor Setar dan T-Team menentang Perlis di Kuala Terengganu bagi saingan Kumpulan C.
Satu lagi perlawanan ialah antara ATM dan Johor FC yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang bagi saingan Kumpulan D.
Tags: Felda United, Piala Malaysia 2010, Selangor, Selangor vs Felda United