PAHANG melonjak ke tangga teratas selepas mencatat kemenangan besar 5-2 ke atas Kuala Lumpur dalam aksi Piala Malaysia Kumpulan B di Stadium Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras sebentar tadi.
Perlawanan yang sepatutnya berlangsung di Stadium Darul Makmur, 17 September lalu ditunda ke malam ini akibat lampu limpah di Stadium Darul Makmur gagal berfungsi sepenuhnya pada tarikh berkenaan.
Pahang mendahului 2-0 pada babak pertama sebelum menambah tiga lagi gol pada babak kedua.
Kemenangan malam ini membolehkan Pahang memungut enam mata daripada tiga perlawanan, satu mata mengatasi Sabah untuk unggul di tangga teratas Kumpulan B. [LIHAT CARTA TERKINI PIALA MALAYSIA]
Tags: Kuala Lumpur, Pahang, Pahang vs Kuala Lumpur, Piala Malaysia 2010