Luka Modric: Real Madrid salahkan penggodam

Luka Modric

REAL Madrid berdepan hari yang memalukan apabila profil Luka Modric (gambar) dipaparkan di dalam laman web kelab gergasi Sepanyol itu kelmarin yang turut menyenaraikannya sebagai sebahagian daripada pemain kelab berkenaan.

Hakikatnya, rundingan untuk membeli pemain itu dengan nilai £35 juta (RM172 juta) daripada Tottenham Hotspur masih belum dipersetujui secara rasmi.

Modric dijangka melengkapkan perpindahan tersebut sebelum jendela perpindahan musim panas ditutup Ogos ini.

Kelab Sepanyol itu juga telah mengosongkan kotak merah di laman web berkenaan untuk diisi dengan profil pemain Croatia itu.

Pegawai-pegawai Madrid bertindak pantas memadam pautan yang bersambung ke akaun Twitter itu tetapi beratus-ratus pelayar sempat melihat akaun itu sebelum ia dipadam.

Madrid pantas menafikan mereka yang melakukan perkara tersebut tetapi menyalahkan penggodam.

Perkara itu sememangnya sangat memalukan bagi gergasi Sepanyol itu yang terlalu yakin akan memiliki tonggak Spurs itu.

Profil itu tertulis bahawa Modric merupakan pemain Tottenham antara 2008 hingga 2012 dan merupakan bintang baharu Real bermula tahun ini.

Walaupun Real menegaskan perjanjian peribadi telah dipersetujui namun pada dasarnya pembayaran pampasan dan kontrak masih dibincangkan.

Dalam pada itu, Modric enggan memberi komen mengenai masa depannya kerana bimbang menyinggung perasaan pengerusi Spurs, Daniel Levy. — Kosmo

Related Posts

One Response to Luka Modric: Real Madrid salahkan penggodam

  1. Aku baca kat soccernet, dalam tempoh 48 jam, si Modric ni akan jadi player Real Madrid lepas Levy nak lepaskan dia. Pape pun, tunggu je la official announcement.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>