Piala Super Eropah: Atletico Madrid 2-0 Inter Milan

ATLETICO Madrid memusahkan impian penyandang juara Eropah, Inter Milan untuk mendakap Piala Super Cup Eropah apabila menang 2-0, awal pagi tadi.

Kejayaan Atletico itu sekali gus menyaksikan satu kejayaan awal musim serta tampasan hebat kepada jurulatih baru Inter, Rafael Benitez.

Selepas kecewa tanpa jaringan pada separuh masa pertama, Atletico, juara Piala Europa itu membuka tirai jaringan pada minit ke-62 menerusi Jose Antonio Reyes.

Ia disusuli jaringan Sergio Aguero ketika perlawanan berbaki lapan minit lagi.

Benitez, yang mengambil alih kerusi jurulatih daripada Jose Mourinho juga menyaksikan kekecewaan apabila sepakan penalti Diego Milito pada minit ke-90 diselamatkan oleh penjaga gol Atletico, David de Gea.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>