Piala Raja Sepanyol rosak terjatuh dalam pesta
Sergio Ramos terlepas Piala Raja Sepanyol dari bumbung bas merai kemenangan
PIALA bola sepak berprestij bagi kelab Sepanyol, Piala Raja Sepanyol, yang baru saja dimenangi pasukan Real Madrid terjatuh di depan bas pasukan itu apabila ia terlepas daripada genggaman pemain dan difahamkan rosak teruk.
Pemain pertahanan Real Madrid, Sergio Ramos, yang mengangkat trofi seberat 15 kilogram itu di atas kepalanya ketika berada di dalam bas tanpa bumbung, terlepas piala berkenaan sebelum ia jatuh di depan bas yang membawa pasukan terbabit.
Bagaimanapun, ia gagal diselamatkan apabila bas terbabit melanggar piala berkenaan sebelum sempat memberhentikan kenderaan itu.
Menurut laporan berita radio Cadena Ser, petugas perkhidmatan kecemasan memungut sekurang-kurangnya 10 bahagian piala yang sudah pecah.
Video: Sergio Ramos terlepas Piala Raja Sepanyol dari bumbung bas
Video: Real Madrid Juara Piala Raja Sepanyol
Luahan Perasaan