Prebiu EPL 2011 - Matchday #34

Manchester United vs Everton
(Old Trafford, LIVE Ch 812 7.45 malam)

JIKA ada sebarang rasa terlalu yakin gelaran milik mereka, Sir Alex Ferguson harus berfikir banyak kali selepas ini.

Terikat tanpa jaringan ketika berkunjung ke St James Park Rabu memberi ingatan buat pengendali Manchester United itu bahawa EPL sering diputuskan pada minggu terakhir, bukan sebulan sebelumnya.

Hakikatnya, empat kelab di bawah United masih mempunyai masa untuk memintas jika Wayne Rooney & Co terus mempamer aksi hambar.

Tottenham vs West Brom
(White Hart Lane, LIVE Ch 813 10.00 malam)

HARRY Redknapp mungkin berbangga dapat menjatuhkan kedudukan Arsenal tetapi dia harus ingat kesudahan nasibnya lebih buruk selepas ini.

Mungkin tiada masalah apabila melayan kunjungan West Brom hari ini, tetapi tiga aksi besar menyusul di Stamford Bridge (30 April), Manchester City (10 Mei) dan Anfield (15 Mei) membayangkan cabaran Spurs bakal berakhir di luar kelompok empat teratas - posisi buruan Kenny Dalglish dan Roberto Mancini untuk tiket automatik ke saingan Liga Juara Eropah musim depan.

Liverpool vs Birmingham City
(Anfield, LIVE Ch 812 10.00 malam)

KENNY Dalglish mungkin berlapang dada ketika ini apabila meletakkan The Reds di tempat sewajarnya selepas dimusnahkan Rafael Benitez dan Rog Hodgson sebelum ini.

Dalam laluan kebangkitan itu, mereka mengetepikan dua Manchester, Chelsea dan terbaru mengikat Arsenal minggu lalu.

Tetapi legenda Scotland itu juga tidak harus lupa bagaimana tiga ‘W’ kelab corot - Wigan, West Ham dan West Brom - mengaibkan mereka sebelum ini.

Chelsea vs West Ham
(Stamford Bridge, LIVE Ch 817 12.30 malam)

MINGGU lalu melegakan Carlo Ancelotti. Enam aksi terakhir tanpa kalah dan memintas Arsenal di tempat kedua pastinya menggembirakan Roman Abramovich.

Namun The Blues berdepan laluan sukar selepas ini apabila perlu berkunjung ke Old Trafford pada 8 Mei selepas melayan kunjungan Spurs minggu depan. Ini bermakna mereka berpeluang menentukan nasib sendiri bermula malam ini.

Avram Grant dijangka sukar meruntuhkan ‘jambatan’ yang pernah dilaluinya dan peluang baik buat Fernando Torres mengakhiri kemarau jaringan.

Bolton vs Arsenal (Ahad)
(Stadium Reebok, LIVE Ch 817, 11 malam)

TIGA kali di hadapan dan akhirnya terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 3-3. Demikian episod sedih dilalui Arsene Wenger ketika anak buahnya bergelut menentang Spurs Khamis lalu sekaligus terpaksa menyerah tempat kedua kepada The Blues selepas hampir empat bulan setia mengekori Manchester United.

Wenger harus menyalahkan diri sendiri jika terpaksa mengakhiri musim tanpa gelaran buat tahun ketujuh. Menariknya, The Gunners perlu menang esok dan mereka bakal membuat perhitungan hidup mati melayan kunjungan United Ahad depan.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>