Penalti akhir Kuyt hampakan Arsenal
HARAPAN Arsene Wenger untuk membawa Arsenal ke takhta Liga Perdana Inggeris kian sulit setelah pemain Liverpool, Dirk Kuyt berjaya menyamakan kedudukan dalam perlawanan penuh dramatik di Stadium Emirates lewat malam tadi.
DIRK Kuyt menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-12 masa kecederaan untuk Liverpool mengikat Arsenal 1-1 dan menipiskan peluang the Gunners untuk meraih gelaran Liga Perdana Inggeris musim ini.
Arsenal dan Liverpool masing-masing meraih satu gol menerusi sepakan penalti yang dihadiahkan dalam masa kecederaan. Masa permainan ditambah lebih 10 minit berikutan kecederaan serius yang dialami Jamie Carragher.
Arsenal pada mulanya dilihat berkeyakinan untuk memenangi perlawanan itu apabila sepakan Robin van Persie berjaya menghasilkan gol di minit-minit akhir (m-90+8). Penalti tersebut dihadiahkan selepas Jay Spearing dipersalahkan kerana menjatuhkan Cesc Fabregas dalam kotak penalti.
Namun, kesilapan pemain Arsenal, Emmanuel Eboue yang menolak Lucas Leiva dalam keadaan kelam kabut telah memaksa pengadil menghadiahkan penalti kepada Liverpool, sebelum Dirk Kuyt menyempurnakannya (m-90+12).
Sebelum sepakan penalti tersebut, pengadil terlebih dahulu menghadiahkan sepakan percuma untuk Liverpool. Namun, bola yang disepak Luis Suarez di atas garisan kotak penalti gagal menghasilkan gol.
Arsenal enam mata di belakang pendahulu liga, Manchester United, dengan musim hanya berbaki enam perlawanan.
- LIHAT CARTA EPL
Chelsea di tempat ketiga, dua mata di belakang Arsenal. Sementara itu Liverpool berada ditangga keenam dengan memiliki 49 mata.
April 18, 2011 - 7:51 am
salah fakta,masa tambahan hanya 8minit..
April 18, 2011 - 6:22 pm
masa tambahan atas padang 12 minit.. x dapat disangkal lagi………………