Peluang City kukuhkan kedudukan

  • Manchester City vs Norwich
  • LIVE Astro 812, 11.00 malam

MANCHESTER City diramal tidak berdepan halangan sukar untuk terus mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu Liga Perdana England apabila dijadual menentang Norwich City di Stadium Etihad malam ini.

Ketika ini, skuad kendalian Roberto Mancini itu unggul selaku pendahulu apabila mengumpul 35 mata selepas mencatatkan 11 kemenangan dan seri dua kali dalam 13 perlawanan.

City turut tampil cemerlang apabila berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah di gelanggang sendiri apabila mencatatkan enam kemenangan dalam enam perlawanan.

Bagaimanapun, City gagal meneruskan momentum tersebut dalam saingan Liga Juara-Juara.

Jika mahu mara ke pusingan kalah mati, City tidak mempunyai pilihan selain menang pada pertemuan menentang Bayern Munich pada aksi terakhir Kumpulan E Khamis ini.

Sekalipun menang, City perlu mengharapkan Villarreal yang gagal mengutip sebarang mata dalam lima perlawanan sebelum ini menewaskan Napoli.

Begitupun, sekiranya City gagal pada kempen Liga Juara-Juara, pemilik kelab tersebut, Sheikh Mansour Zayed Al-Nahyan pastinya boleh memaafkan Mancini dengan syarat trofi Liga Perdana England musim ini menjadi milik mereka.

Bagi merealisasikan hajat tersebut, pertemuan dengan Norwich bakal menjadi landasan terbaik untuk City terus menerajui takhta liga.

Sementara itu, pengurus Norwich, Paul Lambert optimis skuad kendaliannya mampu mencatatkan kemenangan ke atas City berdasarkan aksi anak-anak buahnya setiap kali berkunjung ke tempat lawan.

“Dengan persembahan serta prestasi City ketika ini, ia bukan suatu yang mudah buat kami.

“Namun, seperti perlawanan-perlawanan di tempat lawan sebelum ini, kami berkunjung ke Stadium Etihad dengan satu misi iaitu bagi mencatatkan kemenangan.

“Kami tidak pernah mengharungi perlawanan dengan sambil lewa, sebaliknya akan cuba memberikan aksi terbaik sekali gus mencipta kejutan ke atas City,” kata Lambert. — Kosmo

Related Posts

One Response to Peluang City kukuhkan kedudukan

  1. city pasti menang bergaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>