Misi Liverpool sekat Manchester United

Liverpool ada misi peribadi apabila melayan kunjungan Manchester United pada aksi Liga Perdana England di Anfield, Ahad ini.

Skuad The Reds itu dilihat semakin terdesak untuk menghalang United muncul juara liga kerana ia bakal menyamai rekod 19 kemenangan yang dicipta pasukan itu.

Setakat ini, skuad The Red Devils yang dibimbing Alex Ferguson telah memenangi gelaran liga sebanyak 18 kali dan pasukan itu hanya memerlukan satu kemenangan lagi bagi menyamai rekod Liverpool.

Lantaran itu, anak-anak buah Ferguson tidak mempunyai pilihan lain selain menewaskan Liverpool kerana dengan cara itu sahaja yang mampu mengukuhkan kedudukan mereka selaku pendahulu liga.

“Di kelab (United) ini, kamu perlu segera bangkit daripada kekalahan. Kekalahan kepada Chelsea telah menjejaskan usaha kami untuk memburu trofi liga tetapi kami perlu segera bangkit pada pertemuan menentang Liverpool, Ahad ini,” jelas Ferguson.

Ketika ini, United mengumpul 60 mata, empat mata meninggalkan Arsenal di tangga kedua manakala Manchester City di tempat ketiga (50) dan Chelsea (48).

Berdasarkan rekod pertemuan antara Liverpool dan United musim ini, skuad The Red Devils memiliki kelebihan apabila mencatat dua kemenangan iaitu dalam saingan liga dan Piala FA.

Namun, ia belum mampu memberi jaminan buat anak-anak buah Ferguson kerana aksi kali ini akan berlangsung di Anfield yang dianggap sebagai gelanggang keramat skuad The Reds.

Pada aksi tersebut, United bakal turun tanpa khidmat kapten, Nemanja Vidic yang menjalani hukuman penggantungan selepas dilayangkan kad merah ketika menentang Chelsea kelmarin.

Selain Vidic, tonggak pertahanan, Rio Ferdinand juga tidak akan beraksi selepas belum pulih daripada kecederaan.

Kekosongan yang ditinggalkan Vidic dan Ferdinand itu bakal menyaksikan bintang muda United, Chris Smalling mengambil tugas selaku tonggak pertahanan tengah bergandingan bersama West Brown.

Liverpool pula dijangka menurunkan bintang baru mereka, Andy Carroll yang sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan betis yang dialaminya sejak 28 Disember tahun lalu.

Pemain yang di bawa masuk daripada Newcastle United dengan yuran perpindahan bernilai £35 juta (RM173.031 juta) itu mula menjalani latihan penuh bersama Liverpool kelmarin.

Sementara itu, Chelsea dilihat masih belum mengaku kalah dalam perebutan gelaran Liga Perdana England.

Kemenangan 2-1 ke atas United di Stamford Bridge kelmarin membuktikan bahawa skuad The Blues masih berpeluang untuk merangkul trofi kejuaraan liga musim ini.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>