Manchester United atau Chelsea?

SEMUA orang berfikir Chelsea telah melepaskan peluang memenangi kejuaraan selepas persembahan hambar sebelum Krismas tetapi mereka bangkit dan tiada pasukan yang memungut lebih banyak mata liga daripada Chelsea sejak permulaan tahun baru.

“Setiap musim anda tahu bakal melalui tempoh kemelesetan dan secepat mana anda dapat bangkit,” Terry memberitahu akhbar Daily Express.

“Kami berjaya segera bangkit tahun lalu dan tahun ini agak lambat tetapi kami tetap berada pada laluan yang betul.”

Menurut kapten Chelsea itu, pasukannya menunjukkan prestasi yang baik menjelang akhir musim lalu dan ia adalah yang terbaik pernah disaksikannya.

Terry menambah: “Kami membuktikannya musim lalu itu semasa ke Old Trafford dan menang. Oleh itu, tiada sebab kami tidak boleh melakukannya lagi musim ini.

“Tiada yang saya mahukan selain daripada membawa pulang trofi juara liga.”

Frank Lampard - Chelsea vs Manchester United

Sementara itu, Ancelotti menegaskan beliau tidak akan mengenakan tekanan ke atas pengadil seperi yang dilakukan oleh pengurus United, Sir Alex Ferguson.

Jurulatih Italy itu sedar pengadil Howard Webb memainkan peranan genting dalam usaha pasukannya memburu kemenangan di Old Trafford dan meletakkan mereka di persada liga.

Ferguson percaya Chelsea mendapat manfaat daripada kesilapan para pegawai dalam tiga perlawanan liga mereka dan menyebabkannya digantung daripada berada di tepi padang kerana mengecam pengadil Martin Atkinsion selepas kekalahan 1-2 di Stamford Bridge pada Mac lalu.

Pengurus veteran dari Scotland tidak takut mengkiritik para pegawai perlawanan dan menggunakan sidang akhbar sebelum perlawanan menggesa pengadilan yang tegas sebelum perlawanan-perlawanan penting.

Tetapi Ancelotti percaya sikap tersebut menimbulkan imej yang buruk terhadap sukan ini dan menegaskan tiada gunanya para pengurus pasukan melepaskan marah dan kekecewaannya dengan mengecam para pegawai perlawanan.

“Anda tidak akan mendapat mendapat keistimewaan daripada mengecam pengadil. Keputusan telah pun dibuat,” kata Ancelotti.

“Anda mempunyai tanggung jawab sosial terhadap permainan ini kepada kanak-kanak yang menyanjung anda sebagai idola. Imej di dalam dan di luar padang adalah penting.”

javier_hernandez_manchester_united

Dalam pada itu, barisan bintang Manchester United bakal berkongsi bonus berjumlah £9 juta (RM44.4 juta) seandainya mereka berjaya meraih kejuaraan berganda musim ini.

United bakal berdepan Barcelona pada final Liga Juara-Juara di Wembley pada 28 Mei ini, di samping berada pada landasan terbaik untuk menjuarai Liga Perdana England yang berbaki tiga perlawanan.

Sistem bonus lumayan yang termaktub dalam kontrak para pemain United bakal menyaksikan mereka menerima durian runtuh jika berjaya meraih dua trofi tersebut.

Bagi setiap perlawanan Liga Perdana England, setiap pemain yang berada dalam skuad 18 pemain bagi setiap perlawanan diberi £1,500 (RM7,393) bagi setiap mata yang dikutip.

Maka bagi setiap kemenangan yang diraih, setiap pemain bakal mendapat £4,500 (RM22,181).

United kini mengumpul 73 mata dan akan mencecah 82 mata jika mereka mencatat kemenangan pada kesemua baki tiga perlawanan menjadikan bayaran bonus keseluruhan buat pemain adalah sekitar £2.2 juta (RM10.9 juta).

Selain itu, United bakal menerima tambahan antara £1 juta (RM4.9 juta) hingga £1.3 juta (RM6.4 juta) sebagai ganjaran muncul juara untuk dikongsi para pemain berdasarkan jumlah perlawanan mereka.

Bagi saingan Liga Juara-Juara pula, United menerima £15,000 (RM73,920) bagi setiap kemenangan pada aksi peringkat kumpulan dan £20,000 (RM98,560) bagi kemenangan pada saingan kalah mati.

Secara keseluruhan, United akan menerima sejumlah £2.5 juta (RM12.3 juta) jika mereka berjaya menewaskan Barcelona pada final nanti.

Tidak cukup dengan itu, United bakal menerima tambahan £3 juta (RM14.8 juta) sebagai bonus menjuarai Liga Juara-Juara.

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>