Manchester City benam Liverpool 3-0
MANCHESTER City terus menguasai Liga Perdana Inggeris selepas membenam Liverpool 3-0 di Stadium Etihad, awal pagi tadi.
Gol City disumbangkan oleh Sergio Aguero, Yaya Toure dan sepakan penalti James Milner.
Kemenengan itu sekali gus memisahkan City tiga mata dengan pesaing terdekatnya Manchester United untuk terus kekal selaku pendahulu liga.
Setelah hanya mampu memungut satu mata dan gagal menjaring gol dalam dua perlawanan lalu, pasukan Roberto Mancini mendapat kemenangan meyakinkan.
Walaupun agak merosot sedikit kebelakangan ini, pasukan Roberto Mancini telah menunjukkan mereka masih mampu bermain dengan baik dan meneruskan rekod 100% mereka di padang sendiri dengan meraih 55 mata daripada 57 di Stadium Etihad.
Ia hanya kali kedua Liverpool telah dibolosi lebih dari sekali dalam perlawanan liga dan ia adalah kekalahan terburuk mereka sejak kekalahan 4-0 kepada Tottenham pada bulan September.
Manchester City 3-0 Liverpool
Luahan Perasaan