City belasah Sunderland 5-0

MANCHESTER City meraih kemenangan bergaya apabila membelasah Sunderland 5 gol tanpa balas ketika kedua-dua pasukan bertemu dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium City of Manchester awal pagi tadi.

Dengan kemenangan itu sekaligus meletakkan City (56 mata) di tangga ketiga liga mengatasi Chelsea dengan perbezaan satu mata.

Apa yang menariknya dalam perlawanan itu, Adam Johnson yang muncul buat julung kalinya selepas hampir tiga bulan berehat akibat kecederaan buku lali, menjaringkan gol pertama City pada minit ke-9.

Di minit ke-15, Carlos Tevez pula meletakkan City dalam kedudukan selesa selepas menyempurnakan jaringan penalti.

Penderitaan Sunderland tidak terhenti di situ apabila barisan City semakin ganas pada separuh masa kedua. Mereka menambahkan tiga lagi gol masing-masing menerusi pemain David Silva pada minit ke-M63, Patrick Vieira (67) dan Yaya Toure (73).

Dalam satu lagi perlawanan lain turut menyaksikan Fulham berjaya menundukkan Blackpool 3-0 di Stadium Craven Cottage, London.

Gol dijaringkan oleh pemain Zamora pada minit ke-23, 28 dan Etuhu m-72. -Arena.my

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>