LIVERPOOL kempunan untuk meraih tiga mata penuh pada aksi sulung Liga Perdana Inggeris apabila sekadar seri 1-1 dengan Arsenal di Anfield awal pagi tadi.
Namun skuad bimbingan Roy Hodgson itu wajar diberi pujian kerana mereka beraksi dengan 10 pemain sepanjang separuh masa kedua setelah Joe Cole dilayangkan kad merah pada penghujung babak pertama.
Bagaimanapun, Liverpool mengejutkan Arsenal apabila memperoleh gol pertama hanya seminit selepas babak kedua bermula menerusi rembatan kencang David Ngog yang gagal diselamatkan penjaga gol, Manuel Almunia.
Usaha berterusan Arsenal yang melakukan serangan demi serangan akhirnya berhasil pada minit ke-90 setelah penjaga gol Liverpool, Pepe Reina gagal menangkap kemas bola percubaan Marouane Chamakh.
Pada masa kecederaan, Arsenal turut beraksi dengan 10 pemain setelah Laurent Koscielny dilayangkan kad kuning kedua.
Sementara itu, penyandang juara, Chelsea seakan-akan mahu memberi amaran awal kepada barisan pencabar mereka musim ini.
Skuad The Blues itu membuka tirai kempen liga dengan penuh bergaya apabila membenam West Brom 6-0 awal pagi semalam.
Pada aksi di Stamford Bridge itu, Didier Drogba meledak hatrik, Florent Malouda menyumbang dua gol manakala satu lagi gol dijaringkan oleh Frank Lampard.
Related posts
- Liverpool 1-1 Arsenal
- Arsenal move for Brazilian teenager Wellington Silva
- Video: Stoke City 3-1 Arsenal EPL 2010-2011
- 'Barisan pertahanan tidor' - K Rajagobal
- Arsenal tewaskan Newcastle 2-1
- West Ham 1-2 Arsenal
- Arsenal terpaksa lepaskan Fabregas
- January tournament plays havoc on EPL clubs
- Penalti akhir Kuyt hampakan Arsenal
- Prebiu EPL 2011 - Matchday #34


[...] Liverpool kempunan mata penuh [...]