
TIGA mata berharga hilang begitu saja.
Itulah nasib malang dialami Liverpool yang bukan sahaja kehilangan mata malah turut kehilangan pemain apabila bekas tonggak Chelsea, Joe Cole dibuang padang sejurus sebelum rehat yang mengakibatkan The Reds beraksi dengan 10 orang pada keseluruhan perlawanan babak kedua.
Gara-gara kesilapan penjaga golnya, Pepe Reina pada minit terakhir perlawanan menyaksikan Liverpool ‘bermurah hati’ menghadiahkan satu mata kepada Arsenal selepas The Gunners mengikat tuan rumah 1-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield, sebentar tadi.
Pasukan bimbingan jurulatih baru, Roy Hudgson itu memulakan aksi selepas rehat dengan 10 pemain apabila bekas pemain sayap Chelsea, Joe Cole dilayang kad merah di hujung babak pertama akibat terjahan ke atas Laurent Koscielny yang turut dilayang kad merah di hujung perlawanan kerana mengutip dua kad kuning.
Sekalipun beraksi dengan 10 pemain, Liverpool masih mampu mendahului pasukan pelawat 1-0 menerusi rembatan menarik David N’Gog dari sebelah kanan kotak penalti pada minit ke-46.
The Reds bagaimanapun terpaksa berputih mata apabila kegagalan Reina menangkap bola dengan kemas menyebabkan bola melantun masuk ke gawang sendiri pada minit ke-90 sekaligus membolehkan anak buah Arsene Wenger mencuri satu mata.
Related posts
- Piala FA: Sunderland singkir Arsenal
- Arsenal, Liverpool sekadar seri aksi pembukaan EPL
- Video Arsenal 3-2 Aston Villa [FA Cup 2012]
- Dua gol Supermokh benam Arsenal
- Arsenal, City mara ke suku akhir Piala FA
- Asia Tour 2011: Malaysia 0 Arsenal 4
- Ferguson, Wenger mahu cuci 'arang'
- Video: Blackburn 4-3 Arsenal [EPL 2011/2012]
- 'Barisan pertahanan tidor' - K Rajagobal
- Arsenal catat keputusan dahsyat


[...] Liverpool 1-1 Arsenal [...]
bodo pnya reina!!