ARSENAL bernasib baik apabila mampu mengutip satu mata selepas seri 2-2 dengan West Bromwich di Stadium The Hawthorns malam tadi.

West Bromwich membuka tirai jaringan seawal minit ketiga menerusi tandukan Steven Reid hasil hantaran lintang Chris Brunt.

Tuan rumah terus selesa apabila memperoleh gol kedua hasil rembatan kaki kiri Peter Odemwingie dari luar kotak penalti pada minit ke-58.

Arsenal kembali bangkit apabila Andrey Arshavin meledak gol pertama pada minit ke-70 sebelum Robin van Persie menyelamatkan maruah The Gunners dengan gol penyamaan lapan minit kemudian.

Arsenal kekal berada di tangga kedua apabila ketinggalan lima mata di belakang United.




coded by nessus

Main topics: Liga Perdana Inggeris

Sub topics: , , , ,


Readers Comments (0)