ARSENAL merakam kemenangan pertama dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan penuh bergaya apabila membelasah pendatang baru, Blackpool, 6-0 di Stadium Emirates, malam tadi.

Theo Walcott muncul pemain terbaik Gunners dalam perlawanan tersebut, apabila melakukan jaringan hatrik.

Dia membuka tirai jaringan Arsenal pada minit ke-13 selepas menerima hantaran cantik dari Andrei Arshavin.

Malang menimpa Blackpool, apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-32, apabila pengadil mempersalahkan Ian Evatt kerana menjatuhkan penyerang Arsenal, Marouane Chamakh dan memberikan sepakan penalti.

Arshavin mudah menyempurnakan sepakan tersebut untuk gol kedua Arsenal, sebelum Walcott meletakkan Gunners kian selesa mendahului dengan jaringan ketiga pada minit ke-39.

Sebaik bermula separuh masa kedua, anak-anak buah Arsene Wenger semakin mengganas. Kali ini giliran Abou Diaby menjaringkan gol pada minit ke- 49.

Berpunca dari larian deras Bacary Sagna dari sebelah kiri, dia melakukan hantaran silang yang disempurnakan Diaby.

Hatrik Walcott menjelma pada minit ke-58 apabila percubaannya tepat menuju ke penjuru pintu gol Blackpool.

Chamakh akhirnya menjaringkan gol pertamanya dalam EPL melalui tandukan berpunca dari sepakan sudut yang diambil oleh Robin van Persie pada minit ke-83 untuk melengkapkan kemenangan 6-0.




coded by nessus

Main topics: Liga Perdana Inggeris

Sub topics: , , , , , ,


Readers Comments (0)