Final Piala Carling yang penuh dramatik
Anthony Gerrard gagal menyempurnakan tendangan penalti terakhir Cardiff City | AFP
LIVERPOOL mengatasi Cardiff City 3-2 menerusi tendangan penalti untuk menjulang Piala Carling di Stadium Wembley sekali gus mengakhiri kemarau kejuaraan yang berlarutan sejak enam tahun lalu.
Kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada masa tambahan permainan berikutan gol minit-minit terakhir Cardiff City, pasukan yang kini dimiliki oleh ahli perniagaan dari Malaysia.
Kemenangan itu merupakan kali kelapan bagi Liverpool, pasukan pimpinan Kenny Dalgish. Malah ia juga merupakan perlawanan akhir kali yang ke-21 bagi Liverpool di Stadium Wembley.
Pertemuan peringkat awal kedua-dua pasukan dikuasai oleh Cardiff City menerusi jaringan Joe Mason pada minit ke-19. Liverpool menjaringkan gol penyamaan, menerusi Martin Skrtel, pada minit ke-60, sekali gus menyebabkan permainan berlarutan sehingga masa tambahan.
Liverpool akhirnya memecah kebuntuan jaringan hasil jaringan Dirk Kuyt pada minit ke-18 waktu tambahan untuk meletakkan The Reds 2-1.
Cardiff City yang tidak berputus asa menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-118, memaksa kejuaraan ditentukan menerusi tendangan penalti.
Liverpool Juara Piala Carling
Luahan Perasaan