EPL: Manchester City diikat Birmingham 0-0

Manchester City 0-0 BirminghamMANCHESTER City terus kempunan memperoleh tiga mata penuh untuk kali kedua minggu ini apabila seri tanpa jaringan dengan Birmingham Ciry di tempat sendiri, awal pagi tadi.

Ia keputusan seri tanpa jaringan kedua buat City di gelanggang sendiri dalam tempoh empat hari selepas mencatat keputusan sama dengan jirannya, Manchester United, Rabu lalu.

Satu-satunya peluang keemasan diperoleh City menerusi James Milner tetapi berjaya dikuis di garisan gol oleh pertahanan Birmingham, Stephen Carr pada 15 saat separuh masa kedua bermula.

City hanya menang sekali dalam lima perlawanan terakhir dan gagal menjaringkan sebarang gol di tempat sendiri sejak awal Oktober dalam saingan liga.

Ia nyata keputusan amat buruk apatah lagi berdepan lawan yang berada di zon penyingkiran.

Selepas ini skuad bimbingan Roberto Mancini tidak sepatutnya terlepas mata penuh apabila berdepan berdepan dengan Fulham dan Stoke City.

kedua-dua perlawanan berlangsung di gelanggang lawan.

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>