Wenger lanjut kontrak bersama Arsenal
Kekal bersama The Gunners hingga 2014
PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger mengesahkan masa depannya adalah di Liga Perdana Inggeris apabila menyambung kontrak selama tiga tahun lagi.
Persetujuan itu bermaksud pengurus dari Perancis tersebut akan kekal di Gunners sehingga penghujung musim 2013/2014.
“Jiwa saya kepunyaan Arsenal dan keinginan saya adalah untuk melihat pasukan ini memenangi piala,” kata Wenger dalam laman web Arsenal, www.Arsenal.com, semalam.
Wenger, yang merupakan pengurus paling lama berkhidmat di Arsenal, telah memenangi tiga kejuaraan liga, namun berada dalam tekanan kerana masih belum memenangi sebarang piala dalam tempoh lima musim.
Dalam perkembangan lain, Juara Liga Perdana England, Chelsea mengesahkan kelab itu telah menandatangani kontrak empat tahun dengan pemain tengah Brazil, Ramires dari Benfica menerusi bayaran 17 juta pound (RM84 juta).
Di Jerman, Real Madrid gagal mendapatkan khidmat penyerang sensasi Jerman, Mesut Ozil selepas kelabnya, Werder Bremen menolak tawaran gergasi Sepanyol itu.
Luahan Perasaan