Suku Akhir: Chelsea jumpa Manchester United

JUARA 2008, Manchester United bakal berdepan musuh ketat mereka, Chelsea di peringkat suku akhir Liga Juara Eropah awal bulan depan selepas undian lapan pasukan terakhir berlangsung di Nyon, Switzerland sebentar tadi.

Undian itu memberi peluang buat Chelsea untuk membalas dendam kekalahan mereka kepada United pada aksi final Liga Juara Eropah 2008 menerusi penentuan sepakan penalti.

Satu lagi wakil EPL, Tottenham yang mencipta kejutan selepas menyingkirkan AC Milan di pusingan kedua bakal berdepan satu lagi misi sukar apabila diundi menentang juara sembilan kali, Real Madrid.

Juara bertahan, Inter Milan dijangka mampu melepasi halangan suku akhir apabila diundi menentang wakil tunggal Jerman, Schalke 04.

Satu lagi undian suku akhir mempertemukan kelab gergasi Sepanyol, Barcelona dengan wakil dari Ukraine, Shakhtar Donetsk.

Suku akhir pertama akan berlangsung pada 6 dan 7 April manakala perlawanan suku akhir kedua dijadualkan pada 13 dan 14 April.

Keputusan penuh undian suku akhir => KLIK

Jadual penuh Liga Juara Eropah => KLIK

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>