Barcelona, MU ada misi tersendiri

Perlawanan Akhir: Manchester United lwn Barcelona
Stadium Wembley, 2.45 pagi Ahad

ATAS kertas, Barcelona dilihat sebagai pasukan pilihan untuk merangkul trofi Liga Juara-Juara Eropah musim ini.

Dengan status mereka sebagai salah sebuah kelab terbaik dunia, pasukan gergasi Sepanyol itu kini memburu gelaran juara buat kali keempat selepas berjaya melakukannya pada tahun 1992, 2006 dan 2009.

Andai berjaya merealisasikan impian tersebut, skuad The Catalan sekali gus membuktikan bahawa mereka juga layak untuk berdiri sama tinggi dengan beberapa kelab lain seperti Real Madrid, AC Milan dan Ajax Amsterdam yang memiliki rekod cemerlang dalam kempen berprestij Eropah itu.

Bagaimanapun, laluan Barcelona untuk merekodkan kejuaraan keempat mereka musim ini tidak semudah yang disangka apabila perlu berdepan Manchester United pada aksi final yang bakal berlangsung di Stadium Wembley awl pagi esok.

Sama seperti Barcelona, United juga ada misi mereka yang tersendiri untuk dilaksanakan pada aksi final tersebut, apatah lagi baru sahaja dinobatkan sebagai juara Liga Perdana England minggu lalu.

Selepas kecundang di tangan Barcelona pada aksi final di Rom dua tahun lalu, perte- muan yang diibaratkan sebagai perlawanan ulangan itu pastinya bakal menjadi medan terbaik buat skuad The Red Devils untuk membalas dendam.

Ketika itu, pengurus United, Alex Ferguson langsung tidak mahu memberikan sebarang komen berhubung punca kekalahan 0-2 skuad kendaliannya itu ke atas Barcelona.

Namun kini segala-galanya telah berubah apabila Ferguson memberikan gambaran bahawa beliau telah menemui ramuan serta strategik terbaik, terutamanya di bahagian jentera serangan bagi mencatatkan kemenangan ke atas skuad The Catalan.

“Kami (United) memiliki pemain yang mampu membuatkan pasukan lain menjadi kucar-kacir dan diharapkan jentera serangan kami mampu berbuat demikian ke atas barisan pemain Barcelona yang mana ramai beranggapan sebaliknya.

“Ia bukan sahaja mengenai Barcelona, ia juga mengenai kami. Kami perlu bekerja keras bagi memastikan peluang untuk kami mencatatkan kemenangan cerah,” kata Ferguson.

Sementara itu, Barcelona pastinya akan mengharapkan sentuhan penyudah penyerang Argentina, Lionel Messi bagi merobek gawang United.

Sebagai rekod, Messi telah meledak 11 gol dalam kempen Liga Juara-Juara musim ini dan hanya memerlukan satu gol sahaja lagi bagi menyamai rekod jaringan yang dilakukan Ruud van Nistlerooy yang memegang gelaran selaku penjaring terbanyak.

“Gol adalah penting kerana ia memberikan kamu kemenangan.

“Jika saya tidak menjaringkan gol tetapi Barcelona masih mampu bergelar juara, ia sudah tidak penting lagi sama ada saya menemui sentuhan penyudah saya ataupun tidak. Yang paling penting adalah kejayaan pasukan,” jelas Messi.

Video Final Liga Juara Eropah 2009: Barcelona 2-0 Manchester United

Get the Flash Player to see this content.

Related Posts

One Response to Barcelona, MU ada misi tersendiri

  1. aslkn mu dh klah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>