Everton ikat Manchester United 4-4
Manchester United 4-4 Everton | EPL
IMPIAN penyandang juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United meraikan lebih awal kejuaraan ke-20 tersentak apabila mereka diikat Everton, 4-4 pada aksi menarik di Stadium Old Trafford sebentar tadi.
Pelawat terlebih dahulu merobek gawang The Red Devils, seawal minit ke-33, menerusi penyerang dari Croatia, Nikica Jelavic sebelum Wayney Rooney menyamakan kedudukan emapt minit sebelum tamat separuh masa pertama.
Rooney menjaringkan dua gol dalam perlawanan ini manakala dua lagi masing-masing satu oleh Danny Welbeck dan Nani.
Everton yang ketinggalan 4-2 mempamerkan aksi dramatik untuk menyamakan kedudukan menerusi jaringan minit ke-83 dan 85. Dua lagi gol Everton dijaringkan pada minit ke-33 dan 67.
United yang telah melengkapkan 35 perlawanan mengumpulkan 83 mata untuk terus kekal di tangga teratas liga EPL.
Manchester City yang bertemu Wolves malam ini (waktu Malaysia) berada di tangga kedua dengan 77 mata.
Jika Manchester City memperoleh tiga mata hari ini dan menang pertemuan dengan MU pada 30 April, maka ia akan kembali ke kedudukan teratas dari segi perbezaan gol.
Masih ada tiga perlawanan untuk dilalui termasuk pertemuan 1 Mei oleh kedua-dua pasukan ini. — Sinar Harian
Luahan Perasaan