Chelsea pecat Roberto Di Matteo

Chelsea pecat Roberto Di Matteo dipecat

Chelsea sack Di Matteo

Roberto Di Matteo has been sacked as manager of Chelsea following a poor string of results for the European Champions.

The Stamford Bridge club have won just one of their last four games in all competitions, and lost four of their last eight, leaving their defence of the UEFA Champions League title they won last year out of their hands after last night’s 3-0 defeat at Juventus.

Roberto Di Matteo dipecat enam bulan selepas julang Chelsea Juara Eropah

AKAUN Twitter rasmi Chelsea telah mengesahkan bahawa pengurus mereka Roberto Di Matteo telah meninggalkan pasukan.

Kekalahan 3-0 Chelsea di Itali pada hari Selasa dalam perlawanan Liga Juara-Juara bermakna kemungkinan besar Chelsea akan menjadi juara bertahan pertama yang akan gagal mara dari pusingan kalah mati.

Chelsea telah bertindak dengan memecat pengurus Roberto Di Matteo pada hari Rabu.

Pasukan Blues gagal meraih kemenangan dari empat perlawanan terakhir dalam liga domestik dan telah disingkir dari tempat utama oleh Manchester City yang berada empat mata di hadapan mereka.

Kenyataan oleh kelab itu telah berkata: “Kelab bola sepak Chelsea telah berpisah dengan pengurus Roberto Di Matteo pada hari Rabu.

“Prestasi pasukan kebelakangan ini tidak cukup baik dan pemilik serta pihak pengurusan berpendapat bahawa kami perlu tukar pengurus demi memburu matlamat kami.”

“Pemilik dan pihak pengurusan ingin berterima kasih kepada Roberto untuk segala sumbangan beliau sejak mengambil alih pada bulan Mac. Roberto telah mendorong kejayaan kelab ini dalam kejuaraan Liga Juara-Juara dan kemenangan dalam Piala FA, yang merupakan ketujuh untuk kelab ini. Kami tidak akan lupakan sumbangan beliau.

“Kami akan mengumumkan pengurus baru nanti.”

Kini semua akan memberi tumpuan kepada kelab itu yang dijangka akan mendapatkan kerjasama dari bekas pengurus Barca, Pep Guardiola.

Guardiola telah dilaporkan dalam perbincangan dengan pasukan Blues tetapi telah mengambil setahun masa rehat dan adalah pilihan kegemaran untuk mengambil alih tempat Roberto Di Matteo.

– espnstar.my

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

9 Responses to Chelsea pecat Roberto Di Matteo

  1. Coach Malaysia bila lagi? Dah banyak kali kalah ni!

  2. tgu la smpai xperimen hok tk jadi2 tu slesai,bilo nk slesai pon tk tahu la.

  3. chelsea win! bab memecat

  4. thanks to Roman. sikit2 pecat. huhuhuhu… Carlo Ancelotti aritu pun punca si Roman pecat 2nd coach The Blues.

  5. ah ahhhHHH dh ade clue tu nk pecat coach HM n
    sekutu2 sekali…heheeeee…dr atas smpi la
    ke players byk yg HAMPEH….tak payah sebut
    sume la slh satu coach players yg tang keeper
    tu sblm ni ada gah main dgn msia ke nama dia
    FAOZI MUKHLAS…tah mana2 dtg je..pilih la
    bekas2 keeper msia yg handal dedulu mcm khairul
    azman ke rashid hasan ke…kureng kualiti la yg ada
    skrg ni…

  6. napok bijak demo, puak sokernet.. perli FAM.. tapi nampak gaya bapak presiden dok mudah terikut gaya..baru 6 bulan…tapi gopal dah berapa lama diberi experiment…. takpelah manusia takleh nak tongkat langit kita akan mati juga.. tk ,.sokernet isu bagus dan bernas .. tapi FAM lg kebal..

  7. Boss Chelsea Mr Roman tu penting kepada kemenangan….. tapi boss FAM tu lain pulak…suka sangat dgn kekalahan.Pasal tu dia suka sangat dengan si Gopal.

  8. Pingback: » Torres punca Roberto Di Matteo dipecat | Sokernet

  9. Pingback: » Mark Hughes dipecat QPR | Sokernet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>