Sukan Asia 2010: Azlan Iskandar menang emas skuasy

Sukan Asia 2010MOHD Azlan Iskandar memenangi pingat emas kelima untuk Malaysia pada Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China selepas mengalahkan Aamir Atlas Khan dari Pakistan 11-6, 11-7 dan 11-6 pada perlawanan akhir skuasy individu lelaki petang tadi.

Kemenangan tersebut memastikan kontinjen skuasy negara menyapu bersih acara perseorangan setelah Datuk Nicol Ann David sebelum terlebih dahulu memastikan emas milik Malaysia dalam acara perseorangan wanita dengan menewaskan Annie Au Wing Chi dari Hong Kong dalam aksi final wanita.

Azlan berada di kemuncak prestasi dan hanya memerlukan 39 minit untuk mencatatkan kemenangan 11-6, 11-7, 11-6 dalam laluannya ke genggaman emas.

Walaupun Aamir, 20, cuba memberikan tentangan sengit kepada Azlan, pemain negara itu jelas jauh lebih berpengalaman daripada lawannya itu dan hanya melakukan pukulan-pukulan yang mengelirukan untuk mengutip mata demi mata.

Ia adalah emas pertama buat Azlan di pentas Sukan Asia selepas tewas di tangan seorang lagi pemain negara, Ong Beng Hee pada aksi final di Sukan Asia 2006 Doha, Qatar.

Semalam Beng Hee tewas di tangan Aamir 5-11, 8-11, 11-9, 13-15 sekaligus menghancurkan harapan untuk melihat dua pemain Malaysia beraksi di perlawanan akhir hari ini.

VIDEO Final Skuasy Sukan Asia 2010: Azlan Iskandar vs Aamir Atlas Khan

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>