Sukan Asia 2010: Keputusan Malaysia vs Korea Selatan Separuh Akhir Sepak Takraw Berpasukan

Malaysia jumpa musuh tradisi Thailand di Final Sepak Takraw Berpasukan

MALAYSIA mara ke perlawanan akhir acara berpasukan sepak takraw Sukan Asia selepas menundukkan Korea Selatan 2-0.

Bagaimanapun Malaysia diberi tentangan sengit oleh kedua-dua regu Korea Selatan yang mengheret kedua-dua trio negara ke rubber game.

Regu pertama Malaysia yang dibarisi tekong, Mohd Normanizam Ahmad serta Mohd Futra Abd Ghani dan Ariff Ramli menang set pertama 21-15.

Namun regu Korea Selatan berjaya bangkit di set kedua untuk menang dengan keputusan 21-19 sebelum terpaksa tunduk kepada kehebatan regu Malaysia di set ketiga 13-15.

Regu kedua Malaysia yang dibarisi Noor Azman Abdul Hamid, Norshahruddin Mad Ghani dan Farhan Adam turut diberi tentangan sengit sebelum menang dalam permainan tiga set 19-21, 21-16, 15-11.

Malaysia akan bertemu musuh tradisi, Thailand dalam aksi final yang dijadualkan berlangsung jam dua petang esok.

Thailand menundukkan Jepun 2-0 untuk mara ke final.

VIDEO Malaysia vs Korea Selatan akan dikemaskini berperingkat-peringkat..

Related Posts

One Response to Sukan Asia 2010: Keputusan Malaysia vs Korea Selatan Separuh Akhir Sepak Takraw Berpasukan

  1. Pingback: Sukan Asia 2010: Keputusan Malaysia vs Korea Selatan Separuh Akhir Sepak Takraw Berpasukan — Harian Metro Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>