Sukan Asia 2010: Nicol David pertahan pingat emas skuasy
RATU skuasy negara, Datuk Nicol Ann David berjaya mempertahankan pingat emas Sukan Asia yang dimenanginya di temasya Doha, Qatar empat tahun lalu.
Pemain skuasy nombor satu dunia itu menghadiahkan pingat emas keempat Malaysia di Guangzhou selepas menewaskan pemain Hong Kong, Annie Au Wing Chi dalam aksi final skuasy perseorangan wanita petang tadi
Pemain negara berusia 27 tahun berada dalam prestasi terbaik walaupun terpaksa bermain dalam empat set untuk mencatat kemenangan 11-8, 8-11, 11-6, 11-7 dalam masa 39 minit.
Juara dua kali Sukan Asia itu mengawal permainan sejak awal lagi dan pukulan demi pukulan dropnya seringkali menghasilkan mata mudah buat Nicol.
Walaupun Annie berjaya merampas set kedua, Nicol yang tampak tenang di sepanjang permainan menggunakan segala pengalaman yang dimilikinya untuk memaksa pemain Hong Kong itu melakukan kesilapan demi kesilapan.
Annie akhirnya gagal mengawal permainan dalam set penentuan dan Nicol tanpa berlengah lagi menamatkan perlawanan dan memastikan pingat emas ketiga peribadinya di Sukan Asia.
Luahan Perasaan