Kami berhak dapat penghormatan - Rajagobal


Qatar vs Malaysia [2-0] Kelayakan Piala Asia 2015

Kelayakan Piala Asia 2015: Qatar 2-0 Malaysia

“DENGAN apa yang pemain persembahkan, saya fikir kami layak mendapat penghormatan,” kata ketua jurulatih, Datuk K Rajagobal ketika mengulas kekalahan skuad kebangsaan 0-2 kepada Qatar pada perlawanan pertama kelayakan Piala Asia 2015 di Doha malam tadi.

Menurut pengendali negara itu, dengan krisis kecederaan pemain sehingga memaksanya mengetepikan tujuh tonggak utama, beliau berpuas hati biarpun tewas kepada pasukan pilihan Kumpulan D itu.

“Saya bangga dengan aksi pemain malam ini, walaupun tanpa pemain utama, mereka masih boleh memberikan tentangan kepada Qatar.

“Qatar mempunyai bahagian tengah yang bagus, kami cuba menyekat pergerakan Khalfan (Ibrahim). Kami berjaya bertahan dengan baik dan menyukarkan mereka untuk mencipta gol,” kata Rajagobal pada sidang media selepas perlawanan itu.

Pada aksi di Stadium Jassim Bin Hamad itu, skuad kebangsaan berjaya mengekang asakan Qatar pada babak pertama yang berkesudahan 0-0.

Namun skuad tuan rumah yang dikendalikan Fahad Thani memperoleh dua gol pada separuh masa kedua yang dianggap Rajagobal seperti `percuma’.

Gol pertama Qatar pada minit ke- 54 menerusi sepakan percuma Khalfan yang terkena Mohd Amri Yahyah sehingga mengelirukan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.

Skuad pilihan Kumpulan D itu kemudian menambah gol kedua di penghujung permainan selepas pemain pertahanan negara K Reuben gagal mengeluarkan bola dalam kotak penalti dan memberi peluang kepada Yusef Ahmed mencipta nama selaku penjaring.

Gol mudah

“Dua gol itu adalah gol mudah. Gol pertama kerana bola terbias pemain kita dan gol kedua pula kerana serangan balas pada minit akhir. Saya harus memberi pujian kepada semua pemain atas kerja keras mereka,” kata Rajagobal.

Rajagobal hampir mengekalkan barisan sama ketika tewas 0-3, di tangan Iraq pada aksi pemanas badan Jumaat lalu kecuali memasukkan Mahali Jasuli menggantikan pemain tengah Abd Shukor Jusoh bergandingan bersama Mohd Shakir Shaari.

Ia satu keputusan di luar kebiasaan dilakukan pengendali itu dengan meletakkan Mahali yang sering beraksi di posisi pertahanan kanan ke bahagian tengah namun ia tampak berkesan terutama dalam merantai pergerakan pemain perancang Qatar, Khalfan.

Skuad Harimau Malaya cuba menyaingi Qatar yang lebih banyak menguasai permainan dengan mencipta peluang terbaik pada minit ke-20.

Pemain sayap, Azamuddin Mohd Akil melakukan larian dari sebelah kanan sebelum membuat hantaran lintang ke dalam kotak penalti namun tolakan Mohd Amri Yahyah hanya sedikit tersasar.

Selepas babak pertama berakhir dengan 0-0, Qatar yang dikenali dengan Al-Annabi (The Maroon) beraksi lebih agresif pada separuh masa kedua.

Qatar yang mara ke suku akhir pada edisi 2011 hampir menggandakan jaringan namun sepakan lambung Hasan berjaya diselamatkan Khairul Fahmi.

Dalam usaha memburu gol penyamaan, Rajagobal memasukkan penyerang Abdul Hadi Yahya dan Mohd Norfarhan Muhamad menggantikan Mohd Khyril Muhymeen Zambri dan Mohamad Ashaari Samsudin.

Peluang terbaik skuad kebangsaan hadir pada minit ke-73 apabila tandukan Abdul Hadi gagal menepati sasaran meskipun tidak dikawal dalam kotak penalti.

Namun segalanya berakhir buat Malaysia apabila Yusef meledak gol Qatar kedua menerusi serangan balas pantas di penghujung permainan.

Malaysia akan meneruskan kempen kelayakan dengan menentang Yaman di Stadium Shah Alam, 22 Mac depan.

Qatar vs Malaysia | Kelayakan Piala Asia 2015

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

23 Responses to Kami berhak dapat penghormatan - Rajagobal

  1. nampak sangat safiq dengan amar tak diperlukan dalam pasukan datuk……

  2. Cuba kekalkan posisi Mahalli Jasuli sbg midfielder.. Tgh lagi compose dgn adanya beliau.. Ditugaskan sbg defensive tp lebih sesuai utk attacking.. keep it up Mahalli..!!

  3. penghormatan la sangat…. kalau kau resign baru aku bagi penghormatan

  4. kami akan beri penghormatan selepas King Gopal Blah.

    http://www.bankami.blogspot.com

    • raja gumpal: ayoyo…saya sudah lama juga mahu belah sama ini team HM..tp itu presiden mahu juga sama saya juga…itu kalo kalao mau saya belah korang belah la dulu saya punya presiden..wokkeyy..

  5. Tp penghargaan bukan untuk DKR…Lu kaki bodek

  6. Dah la kalah nak mintak penghormatan plak. Plg kurang kalah bermaruan ini shoot on goal ada la 2-3 bijik, marking bersepai, passing hampeh, free kick kelaut…puiii!

  7. hax3… sudah kalah minta hormat pula, betul betul kelakar la kamu ni kita tukar nama beliau dari Rajagopal kepada RAJALAWAK bola sepak Malaysia!otak dia ni tak bole pakai lagi daa dah nyanyuk

  8. tidur lagi bagus dari tgk kau orang main..

  9. Helo, kalau menang x payah minta-minta, kita akan kasi lu PENGHORMATAN termasuk kpd Presien, Setiausaha Agung dan Pengurus Pasukan sekali. Ini dah kalah,tak rasa malu nak minta penghormatan. Lu ada berapa tahun untuk latih ini team, sudah lupa ka, itu hari AFF bukan target, konon ini tournament sasaran sebenar, sekarang apa alasan lagi? Players injured, biasa la palyers injured, lu kena pikir la macamana mahu cari pemain ganti. Amacam? Lu sama Presiden, Setiausaha Agung juga itu Pengurus pasukan sila selatak jawatan. Dah muak!

  10. Raja Bebal (king Gopal)

    FAM seharusnya dilihat sebagai sebuah institusi yang mempunyai ‘jiwa’ yang besar, menerima kritikan dengan lapang dada terutama apabila ia melibatkan usaha untuk melakukan penambahbaikan.

    Sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab membangunkan sukan bola sepak di negara ini, tidak ada pihak mampu untuk mempertikaikan jasa dan pengorbanan FAM mengekalkan bola sepak sebagai sukan paling popular.

    Oleh yang demikian, FAM tidak perlu menjadi sebuah badan yang kebal sehinggakan tidak mampu untuk ‘diusik’ mana-mana pihak walaupun kritikan tersebut dilihat sebagai relevan.

  11. Perhormatan?… Perlu diberi atau tidak… Sebenarnya kalau dah minta ni sure le fakir dah RG ni… Sebenarnya x payah nak minta orang akan bagi kalau dah main bagus… Bagi aku le, player memang dah berikan yg terbaik, masalahnya tektikal bertahan yang diterapkan menyebabkan kecudang dan x seronok untuk ditton….

  12. nasib baik 2-0..cuba bayangkan kalau pemain terbaik pilihan rajagopal, amar dan safiq kemudi bhgn tengah mlm tadi

  13. Penghormatan hanya diberi kpd pasukan yg mampu menang.
    Tapi skarang Si Singa kecil tu pub boleh baham Harimau. Siapa yg lebih layak diberi penghormatan?
    Fikir-fikirkan lah.

  14. Sepatutnya FAM pecat rajagopal semasa kegagalan mengekal juara piala AFF baru2 ni..kerana di peringkat asean pun dia gagal..inikan pulak berangan nak layak piala asia.

    saya agak pelik macam mana permainan semasa menentang qatar itu pun dia kata boleh dapat penghormatan..haru biru..tengah langsung tak berfungsi striker lagi hampas…kerana pemilihan pemain pun ikut suka jurulatih.

    ada pemain yang betul perform dekat liga M tak dipanggil..

    Saya rasa dia patut tukar nama Rajagopal jadi Rajagol..buang pa..gurau aje

  15. apa2 pun jgn musnahkan pasukan negara malaysia…

  16. Pingback: Rajagobal: Qatar bernasib baik | Sokernet

  17. Pingback: Masih jauh untuk Malaysia bersaing di pentas Asia | Sokernet

  18. hoi gobal..ada beza tau kalah tapi main permainan menyerang berbanding kalah tapi 90 min bertahan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>