Mexico juara Piala Dunia B-17 2011

MEXICO menjulang trofi kejohanan Piala Dunia Bawah 17 tahun selepas menundukkan Uruguay 2-0 pada perlawanan akhir hasil jaringan Antonio Briseno pada minit ke-31 serta jaringan separuh masa kedua Giovani Casillas, kelmarin.

Dua minggu lalu, skuad senior Mexico menjuarai Kejohanan Piala Emas CONCACAF selepas menewaskan Amerika Syarikat 4-2 pada perlawanan akhir.

Mexico juara Piala Dunia B-17

Mexico pernah bergelar juara Piala Dunia Bawah 17 pada 2005 manakala Nigeria empat kali dan Brazil tiga kali.

Pada perlawanan akhir kelmarin, Briseno menjaringkan gol mudah melalui tandukan yang menewaskan penjaga gol lawan, Jonathan Cubero.

Gol Casillas diperolehi dua minit sebelum masa tamat selepas berjaya menembusi pertahanan Uruguay.

Uruguay mempunyai peluang mendapatkan jaringan melalui Elbio Alvarez namun gagal disempurnakan apabila rembatan kencang pemain itu terkena palang gol.

Sementara itu, Jerman menewaskan Brazil 4-3 dalam playoff tempat ketiga kelmarin.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>