p5rn7vb

Brazil tekad lupakan peristiwa 1950

Luis Filipe Scolari berkata, dia mahu Brazil melupakan ‘Peristiwa 1950’ ketika kali terakhir negara itu menjadi tuan rumah Piala Dunia dan tewas pada final yang kemudian menghantui mereka sejak itu.

Jurulatih itu menerangkan kepada wartawan pada seminar Pra Piala Dunia di sini, kelmarin, betapa pandangannya berbeza berbanding kebanyakan rakyat negaranya itu.

Dia mahu skuad 1950 yang tewas kepada Uruguay di depan 200,000 penyokong di Stadium Maracana, Rio de Janeiro untuk meraikannya berbanding rasa menyesal.

Ketika Brazil bersedia menjadi tuan rumah Piala Dunia tahun ini, Scolari berkata: “Saya mahu menyatakan visi 1950 sangat berbeza daripada apa difikirkan ramai orang. Sebelum 1950, Brazil tidak pernah ke final. Mereka adalah pengasas kepada lima kejuaraan yang kami menang sejak itu. Pemain sampai ke tahap itu dan menjadi sejarah buat pasukan.

Bina keyakinan

“Kami membina kejayaan disebabkan mereka. Kami akan cuba dan merampas kembali Maracana untuk ke final dan mengingati pasukan yang beraksi pada 1950 kerana mereka hebat dan menakjubkan. Itulah yang saya harap penduduk Brazil melihat mereka,”.

Kekalahan pada final itu yang lebih dikenali oleh rakyat Brazil sebagai Maracanazo, masih diingati penyokong, walaupun pasukan itu sudah memenangi rekod lima Piala Dunia.
Sejak berdekad, pemain daripada skuad 1950 sering dipersalahkan dan ada yang masih belum pulih daripada pengalaman itu.

“Kami akan bermain dengan 12 pemain di padang. Ramai memanggil saya sebagai populis, tetapi hanya tuhan yang tahu saya bermain dengan sokongan rakyat sendiri,” kata Scolari mengulas mengenai peluang Brazil pada saingan Jun dan Julai ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>