Jangan saksikan EURO 2012
EURO 2012 Poland/Ukraine
BEKAS pertahanan England, Sol Campbell memberi amaran kepada penyokong Three Lions supaya tidak berkunjung ke Euro 2012 kerana mereka ‘mungkin pulang dalam keranda’.
Bekas bintang Arsenal dan Tottenham itu percaya kunjungan ke Poland atau Ukraine berisiko tinggi berikutan ancaman keganasan dan perkauman di kedua-dua negara itu.
Campbell, yang memiliki 73 cap untuk England menegaskan adalah menjadi kesilapan besar apabila UEFA menganugerahkan hak penganjuran kejohanan kepada dua negara tersebut.
Campbell, 37, memberitahu BBC Panorama: “Lebih baik duduk di rumah, tonton menerusi televisyen. Jangan mengambil risiko… kerana anda mungkin pulang tidur dalam keranda. Saya fikir mereka silap (memberikan hak penganjuran kepada Poland dan Ukraine).”
Ahli keluarga kepada beberapa pemain berkulit hitam seperti Theo Walcott, Joleon Lescott dan Alex Oxlade-Chamberlain tidak merancang untuk pergi kerana khuatir akan kemungkinan dicemuh perkauman.
Mark Chamberlain, bapa kepada Alex Oxlade, memberitahu Sky Sports: “Terdapat beberapa laporan laungan perkauman dan ancaman jadi baik, jadi saya mengelak pergi ke sana.” - AGENSI/Utusan
Luahan Perasaan