Euro 2012: Perhitungan Sepanyol, Perancis

Sepanyol miliki peluang lebih cerah ke separuh akhir

Sepanyol memiliki peluang yang yang cerah apabila berdepan Perancis pada suku akhir Euro 2012 esok, kerana kem pasukan Les Bleus dikatakan mengalami perpecahan di kalangan pemain.

Perbalahan di luar padang yang berlaku di kalangan pemain Perancis pada Euro 2012, mengulangi episod Piala Dunia 2010 di mana mereka tersingkir pada peringkat kumpulan.

Pegawai serta pemain mengakui perkara tersebut berulang pada Euro 2012, selepas tewas 0-2 kepada Sweden dalam perlawanan terakhir Kumpulan D.

Namun berbeza dengan kem Sepanyol yang dilihat bersatu dan optimis menjelang perlawanan suku akhir di Donetsk. Pemenang perlawanan ini akan bertemu Portugal pada separuh akhir.

Selepas enam kejohanan mereka bertemu, Perancis memenangi perlawanan lima kali termasuk suku akhir Euro 2000 apabila pemain Sepanyol, Raul gagal menyempurnakan penalti pada lewat permainan.

Perancis juga menang 3-1 pada pusingan kedua Piala Dunia 2006.

Pengganti Raul pada bahagian penyerang tengah, Fernando Torres percaya pasukannya sudah belajar daripada kesilapan di Piala Dunia.

Katanya, ia membantu mereka untuk menjadi juara Dunia dan mereka menamatkan badi kekalahan selepas menentang Perancis.

Pemain yang masih lagi beraksi selain Torres, ialah Iker Casillas, Pepe Reina, Xavi, Xabi Alonso, Cesc Fabregas, Andres Iniesta, Sergio Ramos dan mereka sudah tentu masih ingat peristiwa tewas kepada Perancis di Hanover enam tahun lalu.

“Kami berharap kali ini pengalaman akan membantu Sepanyol yang diletakkan sebagai pasukan pilihan.

“Ia sesuatu yang menarik untuk menamatkan persembahan negatif dan pasukan kebangsaan bersedia memecah rekod.

“Kami berharap Perancis tidak menemui semula sentuhan terbaik mereka, tetapi jika ia berlaku kami sudah bersedia. Sekarang Sepanyol sukar untuk ditewaskan jika berada pada prestasi terbaik,” kata Torres.

Ketika Sepanyol mampu menurunkan skuad utama, jurulatih Perancis, Laurent Blanc tidak dapat melakukannya selepas Philippe Mexes digantung.

Pemain kurang pengalaman, Laurent Koscielny bakal bergandingan dengan Adil Rami.

Blanc dijangka meletakkan Yohan Cabaye di bahagian tengah bersama Alou Diarra.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>