Spain Juara EURO 2012
SEPANYOL muncul Juara EURO 2012 apabila menewaskan Itali 4-0 pada final euro 2012 di Stadium Olimpik Kiev, Ukraine, sebentar tadi.
Sepanyol mendahului seawal minit ke-14 menerusi tandukan pemain Manchestar City, David Silva hasil hantaran lintang Cesc Fabregas dan menambah jaringan menerusi larian solo Jordi Alba pada minit ke-41.
Itali gagal menyerlah meskipun penyerang kontroversinya, Mario Balotelli beberapa kali melakukan rembatan kencang tetapi tersasar.
Penyerang termahal Chelsea, Fernando Torres pula menjaringkan gol pada minit ke-84 manakala rakannya yang juga pemain tengah Chelsea, Juan Mata melengkapkan kemenangan Sepanyol menerusi gol pada minit ke-88.
Spain Juara EURO 2012
No comments yet... Be the first to leave a reply!