RANGKAIAN Televisyen Media Prima (TV3, TV7, TV8, TV9) meneruskan tradisi mereka apabila mendapat hak selaku penyiar rasmi untuk menyiar secara langsung kejohanan bola sepak empat tahun sekali berprestij, Piala Eropah 2012 atau EURO 2012.
Pada kejohanan EURO 2008, rangkaian Media Prima turut mendapat hak eksklusif dengan menjadi penyiar rasmi siaran langsung bagi penonton di Malaysia.
EURO 2012 akan berlangsung di Poland dan Ukraine pada Jun 2012.
Ketua Pegawai Operasi Rangkaian TV Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar berkata, pihaknya akan berbincang bagi menentu saluran manakah yang akan menyiarkan siaran langsung itu sama ada TV3, ntv7, 8TV ataupun TV9.
“Kami baru sahaja mendapat hak siaran sebagai stesen penyiar rasmi Euro 2012 di negara ini. Ini adalah salah satu berita gembira dalam Media Prima Nite yang kami umumkan,” katanya.
JADUAL Siaran Langsung EURO 2012 di TV3 @ Media Prima:
- 8 Jun 2012, Jumaat
Poland lwn Greece, 12.00 tgh mlm
- 9 Jun 2012, Sabtu
Belanda lwn Denmark, 12.00 tgh mlm
- 10 Jun 2012, Ahad
Ireland lwn Croatia, 2.45 pagi (Isnin)
- 11 Jun 2012, Isnin
Ukraine lwn Sweden, 2.45 pagi (Selasa)
- 12 Jun 2012, Selasa
Greece lwn Republik Czech, 12.00 tgh mlm
- 13 Jun 2012, Rabu
Belanda lwn Jerman, 2.45 pagi (Khamis)
- 14 Jun 2012, Khamis
Sepanyol lwn Ireland 2.45 pagi (Jumaat)
- 15 Jun 2012, Jumaat
Sweden lwn England, 2.45 pagi (Sabtu)
- 16 Jun 2012, Sabtu
Greece lwn Russia, 2.45 pagi (Ahad)
- 17 Jun 2012, Ahad
Belanda lwn Portugal, 2.45 pagi (Isnin)
- 18 Jun 2012, Isnin
Itali lwn Ireland, 2.45 pagi (Selasa)
- 19 Jun 2012, Selasa
England lwn Ukraine, 2.45 pagi (Rabu)
- 22 Jun 2012, Jumaat
Suku Akhir 2, 2.45 pagi (Sabtu)
- 23 Jun 2012, Sabtu
Suku Akhir 3, 2.45 pagi (Ahad)
- 28 Jun 2012, Khamis
Separuh Akhir, 2.45 pagi (Jumaat)
- 1 Julai 2012, Ahad
FINAL, 2.45 pagi (Isnin)
Jadual Siaran Langsung Euro 2012 di TV3 @ Media Prima
No comments yet... Be the first to leave a reply!