Home » Aksi Warm-up, Spain » Sepanyol ada formula pertahan gelaran


Sepanyol Juara UEFA Euro 2008

PENCABAR Sepanyol pasti sedang mencari formula bagaimana hendak mengalahkan juara bertahan itu pada kempen Euro 2012 kerana corak hantaran pendek serta pantas mereka nyata efisien ketika mengatasi China 1-0 dalam aksi persahabatan, semalam.

Biarpun kemenangan amat tipis dan memerlukan jaringan minit terakhir David Silva, namun Sepanyol hanya cuba mempraktikkan hantaran-hantaran licik dan kawalan bola sepanjang perlawanan itu.

Andres Iniesta menunjukkan mengapa dia mampu menjadi kunci kepada Sepanyol mempertahankan kejuaraan apabila dmencipta gerakan cantik untuk disempurnakan oleh Silva pada minit ke-84 selepas masuk sebagai pemain gantian.

Tuan rumah juga melepaskan beberapa peluang keemasan dan dua kali bola terkena palang.

Menerima bola di sayap kiri, Iniesta meluru melepasi kawalan lawan dan mengawal bola, sebelum merembat ke arah penjaga gol Zeng Cheng. Cheng berjaya menepis rembatan itu, tetapi bola yang melantun disambut Silva.

Bek tengah, Raul Albiol menanduk bola ke palang selepas menerima hantaran Fernando Torres pada minit ke-62, dan Iniesta menyepak bola ke palang selepas seminit.

“Mereka (China) menutup permainan dengan baik dalam babak pertama tetapi kami bangkit pada babak kedua dan mampu menjaringkan lebih banyak gol.

“Andres amat memudahkan saya untuk menarik bola balik dan saya hanya perlu menolaknya masuk, dia seorang pemain yang hebat,” kata perancang Manchester City, Silva.

Sepanyol yang akan membuka kempen Kumpulan C menentang Itali pada 10 Jun ini, mampu menang dengan jaringan besar jika tidak kerana persembahan bersemangat ditunjukkan Cheng, pemain terbaik China.

Pelawat yang dilatih bekas boss Sepanyol, Jose Antonio Camacho, membuat permulaan meyakinkan dan beberapa kali menggugat tuan rumah.

Alvaro Negredo memiliki peluang terbaik pada minit ke-10 tetapi rembatannya terus ke dakakan Cheng.

Jurulatih Sepanyol, Vicente del Bosque hanya memasukkan bintang utama seperti Torres, Jesus Navas dan Iniesta pada babak kedua untuk menguji kombinasi pasukan.

Juara dunia itu mungkin boleh menang besar jika menurunkan kekuatan sebenarnya dalam perlawanan semalam. — Utusan


No comments yet... Be the first to leave a reply!

free hit counter