Home » Bintang Euro, Germany » Schweinsteiger buat skuad Jerman lega

Bastian Schweinsteiger
Bastian Schweinsteiger | Germany

KETIBAAN skuad Jerman di Gdansk, awal pagi semalam diiringi perkhabaran gembira apabila tonggak tengah mereka, Bastian Schweinsteiger disahkan bebas daripada masalah kecederaan sambil jurulatih, Joachim Loew menunjukkan rasa penuh keyakinan.

“Keinginan untuk meraih kejuaraan kali ini membuatkan kami semua cukup teruja. Kami akan melakukan apa saja untuk bergelar juara kali ini,” kata Loew menjelang sepak mula saingan Kumpulan B bertemu Portugal di Lviv, Ukraine, awal pagi Ahad ini.

Skuad Jerman berkampung di pelabuhan Baltic di Gdansk, Poland sepanjang kejohanan walaupun semua aksi Kumpulan B berlangsung di Ukraine.

Persiapan Jerman sedikit terganggu apabila barisan simpanan diturunkan Loew tewas mengejut 3-5 kepada Switzerland, namun mereka mendapat berita gembira apabila Schweinsteiger sudah pulih daripada kecederaan betis.

Selepas seminggu rehat diberikan kepada pemainnya sebelum mengharungi tiga minggu penting, Loew tampak berasa yakin dengan kemampuan pasukan kali ini.

“Tiada sebab untuk kami tidak mengharapkan apa-apa kejayaan pada kejuaraan kali ini. Kami sudah bersedia, kami berlatih dengan baik dan berasa gembira apabila saingan sebenar sudah hampir bermula.

“Pada Jumaat, saya akan memilih siapa pemain yang bakal diturunkan untuk bertemu Portugal dan apa yang pasti, kami cukup bersemangat,” kata Loew yang memburu kejuaraan sulung selepas membawa Jerman ke final Euro 2008 dan meraih tempat ketiga Piala Dunia 2010.


No comments yet... Be the first to leave a reply!

free hit counter