Russia 3-0 Itali | Friendly
JURULATIH veteran Russia asal Belanda, Dick Advocaat, berkata pasukannya akan terbang ke Euro 2012 berbekal keyakinan tinggi.
Kejayaan ke atas Itali dan tuah diundi dalam kumpulan agak selesa, meningkatkan lagi semangat pasukan itu, yang akan berpengkalan di Poland.
Pasukan yang layak ke separuh akhir Euro 2008 itu mengatasi Itali 3-0 dalam aksi pemanas badan di Zurich.
Kemenangan itu sekali gus mengikis kekecewaan ketika seri tanpa jaringan dengan Lithuania dalam perlawanan persiapan menjelang perlawanan pembukaan Kumpulan A dengan menentang Republik Czech pada 8 Jun ini.
Berusia 64 tahun, Advocaat menekankan bahawa pengalaman menyertai empat perlawanan besar ketika tampil dalam pusingan akhir, memberikan beliau kelebihan untuk menyatakan Russia berada tahap terbaik kali ini.
“Kami berada pada tahap terbaik. Mutu permainan kami meningkatkan daripada satu perlawanan kepada satu perlawanan,” kata Advocaat megenai skuad veterannya.
“Kejayaan ke atas Itali meningkatkan lagi keyakinan kami. Perlawanan-perlawanan persahabatan ini amat penting buat kami.
“Perlawanan menentang Itali memberi gambaran sebenar bahawa kami sedang bergerak ke arah yang betul.
“Bagaimanapun, ia juga membuktikan bahawa kami perlu memperbaiki benteng pertahanan kami kerana kami turut membenarkan Italy membuka banyak peluang jaringan dalam perlawanan tersebut.
“Menyentuh mengenai keadaan fizikal pemain, saya boleh katakan saya gembira dengan tahap ketahanan mereka selepas persiapan dua minggu.”
Advocaat, yang tenaganya sering diburu dan akan meninggalkan Russia selepas tamat Eruo 2012, berkata beliau berasa lega dengan cara Russia menghadapi pusingan akhir kejohanan ini.
“Kami mendapatkan semua maklumat bagi persiapan kami. Kejohanan Euro yang akan datang ini kejohanan kelima terbesar dan saya kira saya sudah cukup pengalaman,” katanya.
Russia dijangka mara ke pusingan kalah mati walaupun diundi bersama pasukan semifinal Euro 2004, Republik Czech, tuan rumah bersama, Poland, dan finalis Euro 2004, Greece.
No comments yet... Be the first to leave a reply!