Warning: session_start() [function.session-start]: open(/tmp/sess_cc6a70608c8b584d06f63e47bb45a14c, O_RDWR) failed: Permission denied (13) in /home/euro2012/public_html/wp-content/plugins/count-per-day/counter-core.php on line 200

Warning: session_start() [function.session-start]: Cannot send session cache limiter - headers already sent (output started at /home/euro2012/public_html/wp-content/plugins/count-per-day/counter-core.php:200) in /home/euro2012/public_html/wp-content/plugins/count-per-day/counter-core.php on line 200
Poland mahu padam kritikan | EURO 2012
Home » Poland, Top News » Poland mahu padam kritikan

Poland vs Greece EURO 8 Jun 2012
EURO 2012: Poland Fans

Poland vs Greece (Group A)
8 Jun 2012, 11.55 mlm

SEKIRANYA Poland boleh mengejutkan bekas juara, Greece pada perlawanan pembukaan Euro 2012, ia pastinya satu kejayaan dicipta di Jerman.

Dua daripada pemain yang mungkin diturunkan pasukan tuan rumah dilahirkan atau dibesarkan di Jerman dan jurulatih yang fasih berbahasa Jerman, Franciszek Smuda membentuk pasukannya di sekitar trio pasukan Borussia Dortmund yang mendominasi kempen Bundesliga musim lalu.

Pergantungan kepada bakat negara luar mencetus rasa tidak puas hati di Poland dan ia lebih teruk lagi apabila mereka mempersoalkan pemain tengah kelahiran Perancis, Ludovic Obraniak yang tidak mampu berbahasa Poland dan hubungannya dengan pemain lain skuad itu.

Pertahanan tengah Damien Perquis, yang turut berasal dari Perancis, mempertahankan Obraniak pada satu sidang akhbar minggu ini.

Semuanya akan dimaafkan jika pasukan tuan rumah, yang menduduki ranking paling rendah pada pusingan akhir tahun ini, boleh menundukkan pasukan Greece yang mencipta kejutan muncul juara pada Euro 2004 dan hanya kalah sekali dalam 20 perlawanan terakhir mereka.

“Anda boleh lihat dari mula lagi Smuda membentuk pasukan ini berdasarkan pemain dari Jerman,” kata seorang pengulas terkenal bola sepak Poland, Michal Pol.

“Ia mungkin bermakna mereka lebih bersedia menghadapi kejohanan ini berbanding masa lalu,” katanya, merujuk kepada kehambaran kempen empat tahun lalu dan pada Piala Dunia Jerman 2006.

Kumpulan A dilihat lebih terbuka, dengan Russia muncul pilihan utama selepas menewaskan Itali baru-baru ini dan keupayaan mereka menerusi persembahan menarik ke separuh akhir empat tahun lalu.

Ia meninggalkan Poland, Greece dan Republik Czech berjuang merebut satu lagi tempat ke suku akhir.

Harapan Poland terletak di bahu penyerang Robert Lewandowski (gambar), penjaring gol ketiga terbanyak dalam liga utama Jerman musim lalu dengan 22 gol, selain menjaringkan hatrik ketika Dortmund membenam Bayern Munich 5-2 pada final Piala Jerman.

Bakal membantunya adalah rakan sepasukan Dortmund, Lukasz Piszczek dan Jakub Blaszczykowski selain bakat baru seperti pemain sayap Maciej Rybus dan Obraniak, yang beraksi buat Perancis pada peringkat remaja sebelum mendapatkan kerakyatan Poland tahun lalu.

Mereka akan berdepan Greece yang hanya dibolosi lima gol pada pusingan kelayakan, diketuai dua pertahanan tengah mantap Avraam Papadopoulos dan Sokratis Papastathopoulos.

Mereka sudah beraksi pada perlawanan pembukaan dengan bergaya apabila mengejutkan tuan rumah Portugal pada 2004 dan akan mendapat inspirasi daripada kempen kelayakan yang menyaksikan mereka menyingkirkan Croatia dan Israel.

Mereka mempunyai bakat kreatif iaitu pemain tengah Sotiris Ninis, yang pulih daripada kecederaan lutut serius dialami menentang Israel pada pusingan kelayakan September lalu.

“Apa yang kami tahu mengenai Greece mereka sebuah pasukan kolektif. Mereka bertahan sebagai satu unit dan membuktikan mereka amat bagus menyempurnakan peluang,” kata ketua pencari bakat Poland dan penolong jurulatih Hubert Malowiejski. “Mereka prospek yang amat sukar.”


No comments yet... Be the first to leave a reply!

free hit counter