POLAND dan Greece gagal memperterjemahkan peluang terbaik sekaligus menghiasi drama sepanjang 90 minit aksi pembukaan EURO 2012 di Warsaw.
Masing-masing menamatkan perlawanan dengan 10 pemain walaupun Robert Lewandowski terlebih dahulu meletakkan Poland 1-0 di hadapan bekas juara 2004 itu.
Tuan rumah ternyata begitu menyerlah sejak sepak mula lagi dan kerja keras mereka berhasil apabila Lewandowski melonjak tinggi untuk masuk menanduk masuk lambungan dari Jakub Blaszczykowski.
Situasi Greece bertambah parah apabila pemain bek kanan, Sokratis Papastathopoulos diarahkan keluar padang kerana melakukan kekasaran ke atas Lewandowski beberapa minit sebelum wisel ditiupkan.
Greece turut dinafikan penalti setelah bola terkena tangan Marcin Wasilewski semasa cuba menghalang hantaran dari sebelah kiri pintu gol Poland.
Bagaimanapun kemasukkan Dimitris Salpingidis sebaik perlawanan bersambung memberi impak besar kepada jentera hadapan Greece.
Tuan rumah pula bagaikan hilang sentuhan kreatif dan Greece mengambil kesempatan itu untuk menguasai perlawanan yang menyaksikan Salpingidis pantas menyambar bola muntah untuk gol penyamaan.
Pada minit ke-70, kapten Greece, Giorgos Karagounis gagal menyudahkan sepakan penalti selepas penjaga gol lawan, Wojciech Szczesny dilayangkan kad merah kerana menjatuhkan Salpingidis dalam aksi satu lawan satu.
Selang beberapa minit selepas itu, jaringan Salpingidis dari jarak dekat dibatalkan akibat ofsaid.
Baki 15 minit perlawanan berlangsung agak seimbang tetapi kedua-dua pasukan tidak berjaya menembusi kubu lawan masing-masing.
No comments yet... Be the first to leave a reply!