Home » Netherlands, Top News » Mathijsen terlepas aksi pembukaan Belanda-Denmark

Joris Mathijsen

PERTAHANAN tengah veteran, Joris Mathijsen 80 peratus pasti terlepas perlawanan pembukaan Belanda menentang Denmark di Kharkiv awal pagi Ahad ini, menurut jurulatihnya, Bert van Marwijk, kelmarin.

Pemain berusia 32 tahun yang juga anggota pasukan yang mara ke final Piala Dunia 2010 menjalani latihan berasingan di Stadium Wisla yang hampir dipenuhi peminat dari Poland dan Belanda yang bersama-sama menyaksikan sesi latihan pemain.

Van Marwijk mendedahkan pemain Malaga itu hampir pasti terlepas perlawanan pertama kerana masalah hamstring yang memberikan tamparan hebat kerana Mathijsen dianggap pemain penting dalam barisan pertahanan Belanda.

“Ketiadaan Mathijsen dirasai kerana kecederaannya tidak pulih sepenuhnya,” kata jurulatih itu.

“Kami akan membuat keputusan dalam tempoh dua hari, kami akan melihat keadaannya semasa latihan.

“Saya sedia mengambil risiko namun kami perlu menunggu dua hari lagi. Dia 80 peratus tersisih untuk perlawanan menentang Denmark.”


No comments yet... Be the first to leave a reply!

free hit counter