BINTANG tengah Barcelona, Cesc Fabregas kembali menjalani latihan bersama skuad kebangsaan Sepanyol setelah pulih daripada kecederaan paha sebaik tiba ke Poland semalam.
Kehadiran Fabregas, 25, yang sebelum ini dikecualikan daripada latihan cukup melegakan kem juara bertahan itu.
Dia mengalami kecederaan sewaktu membantu kelabnya menjulang Piala Sepanyol dengan menewaskan Athletic Bilbao, bulan lalu.
Namun di sebalik perkembangan positif Fabregas, masih ada kebimbangan dalam skuad Sepanyol selepas pertahanan Real Madrid, Alvaro Arbeloa sekadar menjadi penonton di tepi padang akibat kecederaan saraf di bahagian belakang.
Penyerang Sevilla, Jesus Navas pula terpaksa ke hospital menjalani ujian x-ray di tangan kanannya.
“Navas ke hospital bagi mengenal pasti punca lebam di tangan kanannya sewaktu menjalani latihan pagi semalam. Ia bagi memastikan kecederaan itu tidak serius,” kata Persekutuan Bola Sepak Sepanyol di laman web rasminya.
Sepanyol membuka kempen dengan berdepan Itali di Gdansk, pada 10 Jun ini.
No comments yet... Be the first to leave a reply!