Home » Denmark, Keputusan, Netherlands, Top News » Group B: Belanda 0-1 Denmark


Euro 2012: Belanda 0-1 Denmark

Keputusan Perlawanan Belanda vs Denmark

Denmark menjadi pasukan pertama mencipta kejutan di saingan Euro 2012 apabila menumpaskan pasukan pilihan Belanda 1-0 dalam Kumpulan B, awal pagi tadi.

Gol tunggal Denmark dihasilan pemain berusia 29 tahun, Michael Krohn-Dehli untuk menumpaskan skuad Belanda yang dibarisi pemain bintang yang beraksi di kelab ternama di Eropah.

Belanda yang hanya menggondol kejuaraan Eropah pada 1988 mencipta banyak peluang menghasilkan gol terutama menerusi pemain perancang utamanya, Arjen Robben.

Jurulatih Belanda, Bert van Marwijk bagaimanapun enggan menyalahkan pemainnya termasuk penyerang berbisanya, Robin van Persie yang gagal menyinar.

“Ia bukan semata-mata Robin van Persie. Di sana ada empat, lima dan enam pemain yang mempunyai banyak peluang.

“Malah pengadil berpeluang memberikan kami tendangan penalti,” katanya.

Jurulatih Denmark, Morten Olsen pula berkata, pasukannya berjaya menjinakkan Belanda namum pemainnya mengamalkan sikap merendah diri untuk berdepan pasukan pilihan.

“Jika anda mahu menewaskan skuad seperti ini, apa yang perlu kamu lakukan ialah bermain di tahap tertinggi,” katanya.


No comments yet... Be the first to leave a reply!

free hit counter