Euro 2012: Russia 4-1 Czech Republic
Keputusan Perlawanan Russia vs Republik Czech
Rusia naik ke tangga pertama Kumpulan A pada kejohanan Euro 2012 selepas menewaskan Republik Czech 4-1 di Stadium Perbandaran Wroclaw awal pagi tadi.
Pasukan Dick Advocaat tidak memulakan perlawanan dengan begitu baik tetapi berjaya mendahului lawan 2-0 di separuh masa pertama melalui jaringan-jaringan Alan Dzagoev dan Roman Shirokov.
Vaclav Pilar memberikan pasukan Czech harapan dengan jaringan selepas masa rehat tetapi Dzagoev dan Roman Pavlyuchenko, yang masuk menggantikan Aleksandr Kerzhakov sebelum itu, menjaringkan gol ketiga dan keempat Russia selepas itu.
- Keputusan akhir Rusia (4) Republik Czech (1)
- Penguasaan 58% Rusia; 42% Republik Czech
- Percubaan ke arah gawang 17 (Rusia); 12 (Republik Czech)
- Tendangan sudut 3 (Rusia); 5 (Republik Czech)
- Kesalahan pemain 11 (Rusia); 14 (Republik Czech)
- Tiada sebarang kad amaran diterima kedua-dua pasukan
No comments yet... Be the first to leave a reply!