RIO Ferdinand membidas Roy Hodgson (gambar kecil) dan secara keras menyoal apakah alasan pengendali England itu tidak mahu menyenaraikan dia dalam skuad Euro 2012.
Pemain bek Manchester United itu memberi reaksi dengan nada marah apabila berkata dalam Twitter: “Apa alasan anda?”
Sambil itu wakil Ferdinand dan kawan lama, Jamie Moralee berkata: “Lampard, Terry, Barry, Gerrard; semua sudah berumur tapi mereka dipilih ke kejohanan. Kenapa Rio berbeza di sini?”
Situasi bertambah tegang apabila Hodgson memilih pemain muda Liverpool, Martin Kelly mengisi tempat Gary Cahill yang tercedera.
No comments yet... Be the first to leave a reply!