Home » Aksi Warm-up, Denmark » Denmark belum panas

KURANG tiga hari perlawanan pembukaan Kumpulan B bermula, Denmark masih belum menemui rentak permainan sebenar.

Tewas dua kali pada aksi persahabatan, Denmark seakan hambar dalam meniti hari-hari pembukaan Euro sebelum meraih kemenangan sulung ke atas Australia pada aksi terakhir pemanas badan untuk bertemu Belanda, Ahad ini.

Namun, penyerang Nicklas Bendtner percaya, The Danish Dynamite mampu bangkit untuk kembali ke laluan sebenar mereka.

“Corak permainan kami akhir-akhir ini terlalu perlahan dan hambar. Kami bekerja keras untuk perbaikinya dan saya yakin, dalam tempoh terdekat Denmark akan kembali sebagai lawan yang digeruni,” katanya.

Pertahanan Liverpool, Daniel Agger turut mengakui mereka membiarkan jurang yang agak luas dengan prestasi jauh lebih teruk berbanding sebelum ini.

“Kami masih ada kurang seminggu sahaja lagi untuk segera perbaiki dan kembalikan Denmark yang sebenar,” katanya.

Denmark bakal memulakan kempen menentang Belanda Ahad ini, turut diundi bersama Jerman dan Portugal dalam Kumpulan B yang dianggap kumpulan paling sukar bagi pusingan akhir EURO 2012.

Denmark beat Australia 2-0 in final warm-up

Copenhagen, 3 June - Denmark` s national football team beat Australia 2-0 in its final warm-up match ahead of the UEFA Euro 2012 tournament at the Parken Stadium.

Danish team captain Daniel Agger hammered in the first goal via a penalty kick, to put the Danish team ahead 1-0 just half an hour into the first half. The Danes sealed the match with a second goal 20 minutes into the second half, when centre back Andreas Bjelland shot a loose ball into the Australian net, reports said.

The UEFA Euro 2012 football tournament runs from June 8 till July 1 and sees Denmark play Germany, the Netherlands and Portugal in the group stage.


No comments yet... Be the first to leave a reply!

free hit counter