Belanda vs Denmark | EURO 2012
BINTANG Belanda menegaskan perlawanan pembukaan menentang Denmark adalah lebih penting berbanding perlawanan menentang Jerman dan Portugal.
Pasukan Belanda yang berlatih di Krakow, buat pertama kali selepas tiba di Poland Isnin lalu kini bersedia menyampaikan mesej mengenai kepentingan perlawanan pertama Kumpulan B, awal pagi Ahad ini.
Rafael van der Vaart dilihat lebih bersedia untuk berbicara biarpun dikaitkan dengan perpindahan dari Tottenham.
Katanya: “Semua orang bercakap mengenai Jerman, Portugal. Tapi Denmark juga sebuah pasukan yang kuat.
“Perlawanan pertama dalam kejohanan ini amat penting.”
Dirk Kuyt yang meninggalkan Liverpool untuk menyertai Fenerbahce berkata: “Bagi kami, perlawanan pertama adalah yang paling penting.
“Semua orang bercakap mengenai Jerman dan Portugal tapi Denmark mempunyai pemain muda yang baik dan pasukan yang berbakat jadi saya pasti mereka bersedia menentang kami.
“Kami perlu memastikan bersedia secukupnya bertemu mereka.”
Bekas bintang Chelsea, Arjen Robben enggan memilih siapakah lawan paling sukar dalam kumpulan yang digelar ‘Kumpulan Maut’ apabila undian diumumkan.
Pemain sayap Bayern Munich itu berkata: “Tiga pasukan akan menjadi tiga perlawanan yang sukar.
“Ia satu kumpulan yang sukar dan kami harus bersedia sejak perlawanan pertama.”
Pertahanan Everton, Johnny Heitinga berkata:
“Ia tidak mudah kerana setiap orang akan berfikir mengenai perlawanan menentang Jerman dan Portugal tapi perkara paling utama adalah Denmark.
“Ia kumpulan yang sukar tapi jika anda mahu memenangi kejuaraan anda perlu menang perlawanan lain juga.
Van der Vaart berkata: “Keyakinan itu ada, kami mempunyai pasukan yang hebat dan semua sudah 100 peratus bersedia.”
Belanda antara pasukan pilihan muncul naib juara di Piala Dunia 2010 sebelum layak beraksi pada Euro 2012 dengan mudah.
No comments yet... Be the first to leave a reply!