PEMAIN sayap England, Theo Walcott merakamkan jaringan hatrik, malam tadi membantu Arsenal membelasah pendatang baru, Blackpool yang bermain dengan bekalan 10 pemain dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Walcott menyumbat dua kali pada babak pertama dan menambah satu selepas rehat manakala gol lain The Gunners adalah sumbangan Abou Diaby dan Marouane Chamakh serta satu menerusi sepakan penalti oleh Andrey Arshavin di Stadium Emirates.
Tottenham Hotspur turut ceria merakamkan kemenangan pertama menewaskan Stoke City di Stadium Britannia dengan Gareth Bale muncul wira berbekal dua gol pada minit ke-19 dan 30.
Craig Gardner pula menyumbat dua kali ketika Birmingham bangkit daripada ketinggalan satu gol sebelum menewaskan Blackburn 2-1 dan merakamkan kemenangan pertama liga, musim ini.
Dua kemenangan besar bagi Arsenal dalam EPL sebelum ini adalah ketika membelasah Everton 7-0 pada 2005 dan Middlesbrough pada 2006.
Leave a Reply: