CHELSEA kembali semula ke landasan kemenangan dengan dua jaringan pada lewat babak permainan untuk menewaskan Fulham 2-1 di Stamford Bridge, awal pagi tadi dan mendahului semula pencabar terdekat, Manchester United dengan jarak lima mata.
Apapun, Fulham nyata memberi gegaran apabila mendahului seawal minit keempat hasil jaringan Zoltan Gera sebelum Didier Drogba menyamakan kedudukan minit ke-73 dengan tandukan padu dan Chris Smalling menyepak masuk bola ke dalam gawang sendiri minit ke-75 buat menceriakan penyokong The Blues.
Perlawanan itu turut disaksikan pengurus Inter Milan, Jose Mourinho yang hadir untuk menilai kekuatan lawan sebelum perlawanan Liga Juara-Juara Eropah menentang bekas pasukannya itu, Februari depan.
Chelsea kini mendahului liga dengan 45 mata selepas 20 perlawanan, Manchester United di tangga kedua dengan 40 mata kurang satu perlawanan, manakala Arsenal yang masih berbaki dua perlawanan di tangga ketiga dengan 38 mata.
Leave a Reply: