CHELSEA mengekalkan prestasi cemerlang apabila menewaskan Stoke 2-0 di Stamford Bridge untuk terus berada di persada liga.
Chelsea berpeluang untuk berada di depan pada awal permainan apabila mereka dihadiahkan sepakan penalti setelah Florent Malouda dikasari Ryan Shawcross.
Frank Lampard gagal untuk menyempurnakan penalti tersebut yang diselamatkan oleh penjaga gol Stoke, Thomas Sorensen.
Kegagalan Lampard itu dilupakan sebaik sahaja Malouda meletakkan Chelsea dihadapan pada minit ke-32.
Malouda menyambar hantaran dari kapten, John Terry untuk menewaskan Sorensen.
Stoke cuba bangkit untuk menyamakan kedudukan tetapi percubaan Glenn Whelan hanya singgah di palang gol pada babak kedua.
Didier Drogba memastikan tiga mata penuh untuk Chelsea apabila berjaya menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-77 setelah Sorensen mengasari Nicolas Anelka.
Leave a Reply: