Bolton 2-2 Manchester United

September 26th 2010 | Posted by admin

Michael Owen menjaring gol penyamaan United dalam aksi EPL menentang Bolton malam ini.

JARINGAN Michael Owen tiga minit selepas dia beraksi di atas padang menyelamatkan Manchester United daripada menerima kekalahan pertama saingan Liga Perdana Inggeris musim ini sebaliknya sekadar berpuashati berjaya mengutip satu mata selepas seri 2-2 dengan Bolton di Stadium Reebok sebentar tadi.

Bolton berjaya mendahului United pada minit keenam menerusi jaringan Zat Knight, namun Nani menyamakan kedudukan pada minit ke-23.

Pasukan bimbingan Alex Ferguson sekali lagi ketinggalan apabila Martin Petrov berjaya menewaskan Edwin van der Sar pada minit ke-67.

Namun kedudukan itu tidak kekal lama selepas penyerang gantian United, Michael Owen menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-74.

Keputusan seri ternyata mengecewakan Ferguson selepas menyaksikan musuh ketatnya, Chelsea tewas buat pertama kali musim ini di tangan Manchester City malam tadi.

Related Posts

Chelsea kekal rentak, selesa 4 mata atasi MU

JARINGAN tunggal penyerang Perancis, Nicolas Anelka sudah cukup buat Chelsea untuk menjarakkan jurang dengan musuh ketat, Manchester United kepada empat mata selepas menewaskan Bolton Wanderers 1-0, dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, awal pagi tadi. Anelka menjaringkan gol tunggal perlawanan itu, dua minit sebelum separuh [...]

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Berita EPL | Liga Perdana Inggeris. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.