JARINGAN hatrik Jermain Defoe membantu England mencatat kemenangan selesa 4-0 ke atas Bulgaria pada kempen kelayakan Euro 2012 di Stadium Wembley awal pagi tadi.
Defoe melakukan jaringan pada minit ke-3, 61 dan 86.
Adam Johnson melengkapkan kemenangan bergaya England menerusi jaringan pada minit ke-83.
England mendahului seawal minit ketiga untuk menebus prestasi hambar pada Piala Dunia 2010 lalu apabila Defoe merembat masuk hantaran silang Ashley Cole.
Defoe menambah satu lagi gol pada minit ke-61 sebelum melengkapkan hatrik empat minit sebelum wisel penamat.
Terdahulu, Adam Johnson yang menggantikan Theo Walcott pada babak kedua permainan menjaringkan gol ketiga England pada minit ke-83.
Hart yang dinobatkan sebagai penjaga gol utama England oleh jurulatih Fabio Capello, menepati pilihan dengan menyelamatkan tiga percubaan bahaya Bulgaria.
Tags: England, England vs Bulgaria, EURO 2012, Jermain Defoe, Kelayakan EURO 2012, Piala Eropah